? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, February 24, 2010

Belia dan Pendidikan

“E- learning” memberikan kesan kepada belia

Perkembangan teknologi banyak membawa pembaharuan dan kesan positif dan negatif kepada masyarakat. Perkembangan teknologi yang dimaksudkan tidak hanya melibatkan aktiviti masyarakat dalam menjalankan kehidupan mereka tetapi ianya juga melibatkan beberapa industri atau bidang dalam negara . Antaranya ialah industri atau bidang pertanian, pengiklanan, perniagaan, pendidikan, dan sukan. Setiap perubahan dan perkembangan yang berlaku bukan sahaja melibatkan eletronik tetapi juga melibatkan peralatan. Untuk itu, kita akan membincangkan mengenai perubahan perkembangan teknologi yang melibatkan aplikasi ke atas elektronik. Sebagaimana yang kita ketahui, antara bidang industri yang berkembang selari dengan perkembangan teknologi adalah dalam bidang perniagaan, periklanan dan pendidikan.
Banyak peluang yang disediakan oleh pihak kerajaan mahupun persendirian bagi memberi laluan kepada belia bagi mendapatkan pendidikan. Tiada sebarang bentuk paksaan malah diberi kuasa untuk memilih jenis atau isi kandungan yang ingin dipelajari bagi belia yang sedang menuntut di institut pengajian tinggi (IPT). Terdapat pelbagai program yang disediakan seperti pengurusan, undang-undang, farmasi, kedoktoran, pemasaran, kejuruteraan dan lain-lain. Sudah tentu salah satu daripada program yang ditawarkan merupakan bidang yang diminati oleh belia.
Belia zaman sekarang sememangnya mudah untuk mendapatkan sebarang jenis pendidikan, bermula daripada pendidikan berbentuk ilmiah sehinggalah kepada bentuk kepakaran bidang. Zaman teknologi yang semakin maju di Malaysia sekarang ini membenarkan belia yang ingin mendapatkan pendidikan tetapi tidak mampu untuk berada di mana-mana institut pengajian tinggi melalui Pengajian Jarak Jauh (PJJ). Segala aktiviti ataupun pembelajaran akan dilakukan atas talian (online).
Ini merupakan persoalan utama bagi golongan belia dalam mendapatkan pendidikan. Menurut pandangan optimist tiada lagi persoalan tiada program yang diminati, tiada masa, tidak berkemampuan ataupun tidak layak. Kerajaan dan pihak persendirian sudah menyediakan segala jenis bantuan dan peluang bagi membantu golongan belia mendapatkan pendidikan ke tahap yang sepatutnya. Keputusan untuk menggunakan peluang tersebut dan mendapatkan pendidikan ke peringkat sewajarnya terletak di tangan belia itu sendiri.

Thursday, February 11, 2010

Teknologi, Belia, Masa Depan.....

Belia dan masa depan..

Arus perkembangan semasa ternyata memberi impak yang amat besar dalam kehidupan kita. Perkembangan demi perkembangan ini tidak dapat kita hadapi tanpa kita membina tamadun baru dalam kehidupan kita. Perkembangan ini meliputi keseluruhan cara hidup masyarakat kini dan apa yang ingin difokuskan di sini ialah perkembangan kepada golongan belia. Dalam dunia yang semakin maju ini terutama dalam abad ke-21, harapan rakyat terutama sekali di kalangan belia adalah sangat tinggi. Kewujudan teknologi yang canggih menjadikan kehidupan belia sekarang lebih maju seiring dengan golongan belia di negara-negara maju yang lain. Disebabkan kewujudan teknologi inilah yang menyebabkan golongan belia pada zaman sekarang sudah mengubah cara hidup sehingga membawa kesan negatif kepada cara hidup mereka.
Generasi remaja dan belia perlu melihat bahawa perubahan semasa yang drastik ini boleh memberi kesan yang negatif walaupun kita tidak dapat menafikan yang kewujudan teknologi ini membawa perubahan dalam kehidupan kita. Kewujudan teknologi ini sudah cukup untuk melengkapkan kehidupan manusia terutama kepada golongan belia yang sangat peka terhadap pertumbuhan teknologi ini. Tanpa penggunaan teknologi ini mungkin golongan belia tidak dapat menyesuaikan diri kerana teknologi komunikasi adalah salah satu keperluan dalam hidup mereka. Golongan belia perlu menyiapkan diri dengan pelbagai jenis pengetahuan dan kemahiran supaya mereka boleh menyesuaikan diri dengan arus peredaran zaman sekarang. Hal ini juga boleh mengelakkan belia daripada terpinggir terhadap penerimaan kewujudan teknologi. Perkembangan pesat dalam teknologi maklumat boleh menyebabkan dunia semakin hari semakin kecil. Maklumat dan berita yang disalurkan melalui internet juga boleh mempengaruhi pemikiran belia. Malah, kewujudan blog kini menjadi medium maklumat yang semakin popular untuk golongan belia menyuarakan pendapat dan pandangan mereka secara bebas tetapi masih terkawal. Kewujudannya tidak boleh dipandang ringan kerana peranannya cukup berkesan.
Perniagaan melalui internet atau lebih dikenali sebagai e-dagang atau perdangangan elektronik, pada masa kini telah menjadi seperti trend. Perniagaan yang melibatkan internet telah terbukti kajayaannya dalam kalangan belia pada masa kini. Nama seperti Dr Irfan Khairi telah membuktikan bahawa teknologi mampu membawa kejayaan kepada belia. Ramai belia menjadikan internet sebagai saluran untuk memulakan perniagaan pada kos pada kadar yang minimum. Rangkaian sosial seperti Myspace dan Facebook dijadikan sebagai percubaan bagi yang baru berjinak-jinak dengan perniagaan atas talian ini. Mereka tidak memerlukan modal yang besar untuk menyewa kedai, membeli kelengkapan dan sebagainya. Para belia hanya perlu memiliki sebuah komputer dan kebolehan sebagai asset utama untuk memulakan perniagaan. Jika dilihat dalam aspek kehidupan sekarang, semua orang mahu menjalankan rutin dan aktiviti dengan cepat dan cekap. Oleh itu, perniagaan melalui internet merupakan salah satu caranya.
Selain kewujudan blog, banyak lagi contoh teknologi komunikasi yang membantu dalam perubahan cara hidup golongan belia. Salah satunya ialah penggunaan telefon bimbit yang kini sudah sebati dengan golongan belia. Telefon bimbit kini menjadi keperluan hidup bagi mereka kerana mempunyai banyak fungsi dalam kehidupan mereka. Walau bagaimanapun, penggunaan telefon bimbit juga boleh mewujudkan kesan buruk akibat penyalahgunaannya. Oleh sebab itulah, belia perlu bijak menggunakan teknologi yang ada supaya kewujudannya mendatangkan kebaikan kepada mereka. Seharusnya, ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam memantau pergerakan anak-anak mereka. Kewujudan teknologi yang pelbagai ini hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya agar kita dapat memanfaatkan penggunaannya
Namun, terdapat juga beberapa keburukan dalam perniagaan melalui internet. Kajian menunjukkan bahawa lebih kurang 90 peratus termasuk para belia terkandas dalam perniagaan melalui internet. Ini berlaku kerana para belia menyangkakan bahawa perniagaan ini mudah dijalankan dan tidak memerlukan perancangan perniagaan dengan teliti mahupun pengalaman dalam bidang perniagaan. Hal ini menyebabkan kebanyakan perniagaan talian ini tidak mampu bertahan lebih lama.Selain itu, penipuan juga mudah berlaku. Hal ini kerana belia tidak tahu dengan siapa mereka berurus niaga. Malah, mereka juga cepat percaya dengan pelanggan-pelanggan mereka yang tidak diketahui latar belakangnya. Seterusnya, hal ini akan mengundang kerugian kepada mereka dan mungkin terpaksa menggulung tikar. Justeru itu, para belia haruslah berhati-hati dalam perniagaan menerusi internet dan juga haruslah berfikir panjang sebelum memulakan sesuatu perniagaan.
Program-program televisyen seperti yang memerlukan penyertaan penonton melalui platform SMS adalah merupakan sebuah modul ekonomi baru tidak lama dulu. Hampir semua saluran TV Malaysia mempunyai program berunsurkan penyertaan SMS penonton ini. Jumlah jutaan Ringgit Malaysia telah berjaya dikaut sebagai keuntunggan oleh syarikat-syarikat media dan telekomunikasi ini, dan sejumlah besar wang ini adalah daripada para penonton remaja. Menyedari impak negatif ini, kerajaan telah membendung penularan program-program sebegini di Malaysia. Akan tetapi, terdapat juga aplikasi berunsur kebaikan untuk platform ini, seperti program “TV3 Bersamamu” yang membolehkan penonton memberikan sumbangan kepada mereka yang daif dan memerlukan. Dapat juga dilihat berlakunya gejala maksiat internet lucah di kafe siber serta juga perjudian secara “online” di internet yang kebanyakannya disertai oleh golongan remaja. .
Kesimpulannya, kewujudan teknologi ini banyak membawa kebaikan kepada cara hidup golongan belia. Belia kini sudah mampu melengkapkan diri mereka dengan pelbagai jenis pengetahuan dan kemahiran. Hal ini disebabkan oleh desakan hidup mereka yang seiring dengan peredaran zaman sekarang. Belia perlu menyiapkan diri mereka dengan pelbagai jenis pengetahuan supaya mereka setanding dengan golongan remaja dari negara lain. Ini juga boleh mendatangkan kebaikan dan keuntungan kepada negara kerana belia adalah aset utama dalam pembangunan negara kita. Mereka perlu menyeimbangkan penggunaan teknologi supaya tidak menjurus ke arah keburukan yang boleh menjejaskan identiti mereka sebagai belia Malaysia. Oleh sebab itulah, belia perlu bijak menggunakan teknologi yang ada supaya mereka mendapat faedah daripada kewujudan teknologi tersebut. Belia perlu bijak mengatur masa hadapan mereka supaya mereka menjadi belia yang cemerlang dan berkualiti.

Monday, February 1, 2010

celik IT dalam kalangan belia

Media baru rapat jurang celik ICT dalam kalangan belia
Penubuhan Unit Media baru dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek disifatkan inisiatif terbaik dalam membimbing Pemuda UMNO mendekati dunia teknologi maklumat (ICT). Pengerusi Penyelaras Pemuda UMNO DUN Ayer Molek, Mohd Hairul Yusof berkata, kini banyak pihak menggunakan Internet untuk kepentingan sendiri, yang mana turut mengedarkan dan menyampaikan maklumat negatif kepada Pemuda.
Belia perlu menggunakan teknologi maklumat dengan betul, setiap Pemuda yang terlibat perlu mempunyai pendedahan dalam bidang teknologi maklumat dengan lebih mendalam. Malahan belia juga dilatih membuat halaman Facebook bagi memudahkan mereka berinteraksi dengan orang luar.Belia perlu mengetahui cara pengggunaan ICT yang semakin diperlukan kini. Penggunaan Facebook amat digalakkkan dalam kalangan belia sebab dapat berkongsi maklumat dan pendapat masing-masing. Bagi pengetahuan penggunaan Facebook dalam kalangan Pemuda UMNO dikuatkuasakan dan telah melatih 100 Pemuda UMNO untuk membuat halaman Facebook masing-masing.
Selain itu,bagi mereka yang tidak pernah mempunyai alamat e-mel juga, kita akan membantu mengajar mereka bagaimana untuk membuatnya supaya mereka tidak ketinggalan serta telah melantik dua orang tenaga pengajar dalam DUN yang mempunyai kafe siber milik mereka sendiri. Walaupun zaman semakin maju, masyarakat tidak boleh melupakan golongan belia kerana beliau yakin masih ramai yang tidak tahu menggunakan Internet. Mungkin ada antara mereka malu untuk bertanya dan kita perlu mencari jalan membantu. Ini adalah inisiatif terbaik yang dijalankan Penyelaras Pemuda UMNO DUN. Belia dapat menggunakan kemudahan ini dengan sebaik mungkin demi masa hadapan Negara.

Thursday, January 28, 2010

masyarakat bersuara dalam kalangan belia

Kebebasan bersuara dalam kalangan belia

Apa yang membezakan golongan belia pada masa dahulu dan belia dengan pada masa ini hanyalah ‘kebebasan suara’ mereka yang sedikit terbatas. Bukannya terbatas langsung. Belia dahulu bebas berdemonstrasi di jalanan dan tidak pada zaman sekarang. Golongan Belia dahulu bebas melontarkan pandangan dan idealisme masing-masing di kawasan umum di dalam kampus, tidak seperti hari ini.

Pada saya semua itu tidak menghalang proses pengembangan intelektual belia langsung. Golongan Belia masih bebas beraktiviti dan berpersatuan. Golongan belia masih bebas mengasah bakat komunikasi dan kepimpinan di dalam bilik² persatuan, bilik² mesyuarat dan juga dewan² kuliah yang tertutup dengan izin. Jika golongan Belia ada isu yang dibawa keluar masih ada ruang yang lebih ’sopan’ Paling tidak pun jika akta-akta tidak dipinda buat masa sekarang, belia masih boleh melontarkan idealisme mereka melalui laman² blog sepertimana yang sedang anda baca sekarang. Tiada dalam akta-akta melarang golongan belia berideologi menggunakan media alternatif ini. Apatah lagi jika belia itu menyamar dirinya. Tidak bebaskah itu?

Seperkara lagi yang perlu dibezakan adalah, perbezaan zaman dahulu dan sekarang. Golongan belia dahulu bebas melakukan aktiviti seperti berdemonstrasi dan menjaga kebajikan masyarakat adalah kerana masa mereka yang agak terluang. Sistem dahulu mengamalkan sistem penggal yang bermakna setahun hanya sekali peperiksaan utama.

Mampukah belia hari ini mengikut jejak langkah belia dahulu yang mempunyai banyak masa terluang untuk membangunkan sahsiah dan kepimpinan diri? Jika betul ada sesuatu yang perlu diubah bagi melahirkan belia yang benar-benar berdaya saing bukan sahaja dalam bidang akademik, maka cadangan saya adalah sistem semester dan silibus akademik yang padat itulah perlu diubah.

masyarakat bersuara dalam kalangan remaja

Perspektif: Belia perlu ruang bersuara buktikan kepemimpinan

Sebenarnya, bagi belia, termasuk remaja dan pelajar, pengiktirafan hakiki yang diminta bukanlah dalam bentuk anugerah. Apa yang benar-benar diminta ialah untuk suaranya didengar, dapat berpartisipasi secara penuh dan berkesan melalui pendekatan penghakupayaan (empowerment) sehingga ke peringkat membuat keputusan bagi seluruh hal ehwal kehidupan dan masa depannya.
Malangnya, inilah perkara yang jarang berlaku dalam masyarakat kita. Kita jarang mendengar suara mereka. Kalau adapun langkah mendengar suara mereka, contohnya dengan mengadakan dialog, tetapi tidak berlaku dalam bentuk komunikasi dua hala. Kita bercakap dan mereka mendengar saja. Tidak ada tindak balas daripada remaja. Remaja dikatakan pemangkin Negara malah suara mereka amat dipentingkan.

Keadaan ini berlaku mungkin kerana sebahagian kita sebagai ibu bapa, guru, pemimpin dan pengurus belia, pegawai kerajaan dan ahli politik, kurang kemahiran berkomunikasi dengan belia, remaja dan pelajar. Jika ini faktornya, maka ia mudah diselesaikan. Kita cuma perlu menambah kemahiran, misalnya, dengan menelaah buku berkaitan, seperti tulisan Adele Faber dan Elaine Mazlish (2005), How to Talk So Teens Will Listen & Listen So Teens Will Talk. Tetapi, apa yang merisaukan ialah kemungkinan keadaan ini berlaku akibat faktor lebih besar, iaitu ketidakfahaman kita terhadap permintaan belia yang mahu suaranya didengar, atau lebih parah lagi, sekiranya ia berlaku akibat keengganan kita meraikan permintaan mereka. Di samping itu, sekiranya kita memahami dan bersedia meraikan permintaan mereka tetapi menggunakan pula pendekatan salah, maka, suara belia masih juga tidak didengari dalam erti kata sepatutnya. Oleh itu, amat penting kita memahami permintaan belia, remaja dan pelajar, bersedia meraikannya dan menggunakan pendekatan yang sesuai. Barulah mereka puas kerana suaranya benar-benar didengar. Faktor utama mengapa sebahagian kita tidak mendengar suara belia ialah kerana kita tidak mengiktiraf kepemimpinannya. Kita menganggap mereka sebagai pemimpin masa depan saja. Jadi, hari ini, ketika masih belia, remaja dan pelajar, kita memimpin mereka. Sebab itulah kita berasa yang kita tahu segala dan mereka cuma perlu – malahan dipaksa – mengikut saja cakap kita.

Memanglah, untuk menjadi pemimpin utama sekolah, universiti, masyarakat dan kerajaan, mereka perlu menunggu masa depan. Tetapi, hakikatnya ialah pada hari ini juga, mereka adalah pemimpin dalam tiga keadaan, iaitu sebagai pemimpin angkatan yang lebih muda daripadanya, sebagai pemimpin angkatan yang sebaya dengannya dan sebagai rakan kepemimpinan dengan kita yang lebih tua daripadanya. oleh itu, belia tidak boleh hanya dilihat sebagai ‘peserta’ sesuatu dasar dan program, tetapi hendaklah dilihat sebagai ‘pemimpin’ atau ‘pemimpin bersama’ dasar dan program itu. Mengiktiraf belia sebagai pemimpin adalah antara matlamat Perdana Menteri ketika menjadi Ketua Pengarah Belia apabila beliau mencadangkan penubuhan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) pada 1972, yang ketika merasmikannya, disifatkan Allahyarham Perdana Menteri, Tun Abdul Razak sebagai ‘Parlimen Belia’. Di sini, pemimpin belia berunding dengan pemimpin kerajaan.Inilah maksud ayat ‘partisipasi belia dalam perancangan negara’ dalam Dasar Belia Negara yang diluluskan kerajaan pada 1985 dan ‘perkongsian dalam pembangunan’ dalam Dasar Pembangunan Belia Negara (1997) yang menggantikan dasar yang terdahulu. Inilah juga maksud penyertaan remaja dalam dokumen pertama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang diterbitkan khusus untuk belia, iaitu Guidelines for Further Planning and Suitable Follow-Up in the Field of Youth (1985). Bagi membudayakan konsep itu, maka pada 1985 yang dirayakan sebagai Tahun Belia Antarabangsa menggunakan tema ‘Partisipasi, Pembangunan, Keamanan’. Selanjutnya, Persidangan Pertama Menteri-menteri Belia Sedunia anjuran PBB pada 1998, melalui Lisbon Declaration on Youth Policies and Programmes menegaskan keperluan meningkatkan perkongsian membuat keputusan di kalangan semua pihak berkepentingan dalam pembangunan belia, termasuk pemimpin belia. Kini, di samping partisipasi belia, istilah yang membudaya ialah ‘penghakupayaan belia’ (youth empowerment). Antara yang mula-mula menggunakannya ialah Setiausaha Agung MBM dalam ucap utamanya di Forum Belia Serantau anjuran Program Belia Komanwel pada 1997. Istilah ini kemudian digunakan dalam Mesyuarat Menteri-menteri Belia Komanwel di Kuala Lumpur dan Persidangan PBB pada 1998 itu.
Makna penghakupayaan belia ialah ‘membolehkan dan mendapatkan belia untuk memahami dan bertindak atas semua isu (seperti peribadi, keluarga, sosial, budaya, ekonomi, politik dan antarabangsa) yang menyentuh dirinya dan segala yang di sekitarnya yang mereka adalah sebahagian daripadanya’.

Selanjutnya, penghakupayaan belia mencadangkan kerangka ‘governans baru’, iaitu transformasi daripada keadaan kini di mana wujud hubungan tiga segi yang tidak seimbang antara ketiga-tiga sektor pembangunan (kerajaan, perniagaan dan belia/masyarakat), kepada keadaan baru di mana wujud hubungan sinergi antara ketiga-tiga sektor itu yang bekerjasama pada kedudukan yang adil.Tujuannya supaya perwakilan belia berada secara rasmi, dan bukannya ikut suka pihak atasan saja hendak menjemputnya atau tidak, dalam seluruh struktur dan proses membuat keputusan. Barulah kita benar-benar mendengar suara belia.Remaja harus memainkan peranan penting dalam pembangunan negara dengan menggunakan hak bersuara.

Wednesday, January 20, 2010

Kebaikan & keburukan penggunaan laman web dalam kalangan belia.

PENDEDAHAN kepada komputer dan teknologi maklumat (IT) mewujudkan budaya celik komputer di kalangan masyarakat terutama belia. Sektor awam dan swasta telah memanfaatkan penggunaan komputer dan IT dalam memantapkan operasi mereka. Penggunaan komputer dan rangkaian yang diwujudkan memudahkan perdagangan bebas merentasi sempadan negara. Kalau komputer boleh diibaratkan sebagai sebilah pisau, ia boleh memotong dan juga membunuh. Kita khuatir terhadap kecenderungan sesetengah golongan masyarakat terutama belia yang membuang masa di depan komputer dan tidak memanfaatkan maklumat yang boleh ditimba. Ada belia yang duduk sepanjang hari di depan komputer untuk melayari talian ‘chat’, pornografi , dan permainan video.

“Technology changes every second.” Berdasarkan pengertian ini, setiap penduduk dunia, jika boleh,tidak mahu ketinggalan dalam mengejar arus perkembangan teknologi yang begitu pesat. Bahkan, anak-anak kecil juga sudah mula mengenali apa itu Internet kerana pendedahan awal ibu bapa dan sekolah yang mahu generasi muda tidak ketinggalan dalam mengenali teknologi maklumat dan komunikasi. Dalam kita mengejar arus kemodenan, Internet telah banyak memberi input dan merupakan salah satu penyalur maklumat penting dan terkini. Banyak faedah yang boleh didapati menerusi penggunaan Internet, cuma manusia saja yang menyalah gunakan Internet ke arah kerosakan moral dan etika. Adalah lebih baik jika kita kupaskan serba sedikit kebaikan serta keburukan Internet di negara ini. Statistik juga mengatakan bahawa masyarakat Malaysia merupakan diantara negara tertinggi yang melayari laman web sosial. Ini jelas menunjukkan belia banyak dipengaruhi oleh internet untuk mendapatkan hiburan dan bukannya untuk mendapatkan informasi.

Antara kebaikan Internet adalah maklumat begitu mudah dan cepat disalurkan untuk digunakan dalam
pelbagai urusan, seperti dalam bidang penyelidikan dan pengumpulan data. Selain itu komunikasi antara negara di dunia menjadi semakin mudah dan ringkas dengan wujudnya e-mel dan ‘chat’, di mana kos perhubungan begitu murah jika dibandingkan dengan penggunaan telefon dan juga begitu cepat jika kita membuat perbandingan dengan penghantaran surat biasa melalui pos.

Urusan perniagaan dan perbankan semakin mudah dengan pengenalan ‘e-banking’. Kini, pelanggan bank tidak perlu bersusah payah beratur di kaunter-kaunter bank kerana urusan perbankan boleh dilakukan menerusi Internet. Pembayaran bil juga kini dilakukan menerusi Internet dan ini merupakan kemudahan yang paling mendapat sambutan ramai kerana kemudahan ini nyata menjimatkan masa pengguna.Antara penyalahgunaan Internet pula ialah Internet digunakan untuk melayari laman-laman web lucah dan tidak berfaedah. Pembaziran waktu bekerja kerana sering berada di ‘chat room’ untuk berbual sesama rakan. Kemudahan yang ada membolehkan pelbagai jenis laman web baru ditubuhkan untuk tujuan tidak sihat, seperti laman-laman web politik yang tidak memberi maklumat sebenar kepada rakyat. Selain itu penyalahgunaan yang sering kita dengar adalah pengiriman spam dikategorikan sebagai sampah Internet merupakan salah guna yang terbesar. Tidak kurang juga dengan kes pemalsuan yang antara lain melibatkan pengubahsuaian laporan dan data sesebuah organisasi swasta dan awam. Wujud juga kes penyebaran virus dan ugutan menggodam. Sesetengah pihak yang membuat kajian terhadap isu jenayah dan keselamatan komputer sebelum ini pernah mendedahkan bahawa sebahagian respondan yang terlibat dalam tinjauan tersebut melaporkan kerugian dari segi kewangan akibat serangan penceroboh. Jika ditafsirkan, nilai kerugian terkumpul dari segi kewangan tidak mustahil boleh mencecah jutaan ringgit.

Sejauh manakah kesan buruk ini akan merosakkan generasi muda negara? Adakah kita akan membiarkan saja, kerana berpendapat ini adalah akibat daripada impak globalisasi seperti yang diwar-warkan Kerajaan?Adakah masih menjadi tugas ibu bapa semata-mata untuk memastikan anak-anak mereka tidak terdedah kepada budaya negatif ini? Atau perlukah penapisan laman Internet dikuatkuasakan demi menjaga budaya dan tatasusila timur?Masyarakat perlu sedar Internet bertujuan mempermudah urusan dan untuk memperkaya ilmu,serta menjadi medan pertukaran pendapat dan idea. Akan tetapi, pengaruh budaya luar, terutama dari barat,telah merosakkan minda masyarakat kita, yang selama ini terkenal dengan adab ketimuran dan penuh dengan sopan santun.

Kita perlu ingat, dalam mengejar arus globalisasi yang semakin pantas, dan untuk melengkapkan diri seiring dengan negara maju yang lain, kita tidak perlu menggadaikan maruah dan jati diri kita sebagai orang timur. Sebagai rakyat Malaysia yang bijak, kita hendaklah cuba mewujudkan satu budaya Internet yang sihat dalam usaha kita memperlengkapkan diri sebagai seorang yang berilmu dan berpengetahuan. Ini membolehkan kita terus bersaing dalam dunia yang dikuasai dan dimonopoli oleh pelbagai teknologi terkini yang menggerak pembangunan dan kemajuan sesebuah negara.

Kebaikan dan keburukan penggunaan laman web dalam kalangan belia.

...BELIA DAN TEKNOLOGI...
Masyarakat kini hidup dalam era globalisasi yang berteraskan sains dan teknologi dalam rutin seharian. Kebergantungan masyarakat terhadap penggunaan sains dan teknologi dalam apa jua aspek kehidupan serta penggunaan unsur-unsur kreatif sangat penting di dalam kehidupan seharian. Dengan wujudnya information technology and communication (ICT) ia dapat menjadi nadi utama dalam kemajuan serta pembaharuan di dalam ilmu pengetahuan menerusi perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi di kalangan belia. Penubuhan Sekolah Bestari telah membuktikan bahawa penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi adalah sangat memberansangkan dan telah memberi impak yang positif dalam mencapai wawasan 2020. Perkara ini menjadi aspek penting apabila pada usia awal remaja masyrakat Malaysia telah didedahkan dengan teknologi maklumat.

Pada masa kini, penguasaan belia di dalam ICT bagaikan satu perkara yang amat penting. Kepentingan di dalam penggunaan teknologi maklumat telah menyebabkan belia, terutama sekali pelajar IPTA dan IPTS sedar akan kewujudan teknologi maklumat telah banyak membantu mereka di dalam proses pembelajaran dan dalam pencarian maklumat tambahan. Bahkan pelbagai informasi yang diperlukan oleh pelajar mudah didapati melalui internet, ini merupakan salah satu mekanisma yang secara tidak sedar telah mendorong remaja harus seiring dengan teknologi. Dengan perkembangan ICT, pelajar IPT tidak perlu runsing dalam carian maklumat mengenai tugasan kerana dengan capaian menerusi internet, maklumat boleh diperoleh dengan cepat dan tepat, berbanding dengan 20 tahun dahulu di mana maklumat hanya diperolehi dari perpustakaan dan majalah-majalah tertentu sebagai rujukan. Penerimaan belia terutama pelajar IPT terhadap perkembangan dan pengaruh ICT dalam kehidupan seharian perlu bermula dengan keyakinan diri dan sikap yang positif. Ini termasuklah minat mereka di dalam ICT, pendirian mereka mengenai sejauh mana ICT dapat mengubah atau membantu mereka dalam aktiviti harian dan sebagainya. Kini, penguasaan ICT di kalangan belia adalah sangat memberansangkan di sebabkan kebanyakan belia menggunakan ICT sebagai medium dalam menyalurkan maklumat serta carian maklumat.
Pihak kerajaan sentiasa berusaha dan memberi keutamaan untuk membentuk masyarakat bermaklumat dan berilmu menerusi penggunaan ICT secara meluas dan menyeluruh.Apabila belia telah menguasai teknologi maklumat dan komunikasi, ia akan membuka ruang kepada mereka dalam memajukan diri.Walau bagaimanapun, pengusaaan di dalam ICT dapat membantu para graduan dalam mencari jawatan kosong dalam bidang pekerjaan. Dengan wujudnya laman web seperti JobStreet, JobSeeker dan sebagainya dapat memudahkan lagi para graduan untuk mencari pekerjaan. Malah, pengisian borang untuk jawatan-jawatan kerajaan juga boleh diisi menerusi laman web. Faedah dalam penguasaan ICT sememangnya memberi pulangan kepada belia yang dapat menguasainya untuk memajukan diri mereka. Penguasaan di dalam Bahasa Inggeris bukan lagi menjadi alasan kepada belia untuk mempelajari ICT disebabkan terdapat banyak laman web dan juga software dihasilkan dalam Bahasa Melayu.

Sehubungan dengan itu, penggunaan ICT banyak mendorong para belia untuk lebih berfikir secara kreatif dan kritis. Ini dapat dilihat melalui penghasilan blog di mana belia semakin berani bersuara akan sesuatu isu, terutama isu yang melibatkan kemanusiaan. Kepekaan serta pandangan belia tentang sesuatu isu secara kritis dapat membuktikan kematangan mereka dalam menyumbangkan idea. Bukan itu sahaja, penguasaan belia di dalam ICT semakin mantap menerusi penyertaan pelajar-pelajar universiti seluruh Malaysia di dalam pertandingan Robocon Malaysia yang mendapat sambutan yang menggalakkan dari 64 kumpulan daripada 31 pusat pengajian seluruh Malaysia.