? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, March 18, 2010

belia dan pendidikan

Integrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Teknologi telekomunikasi dan multimedia pada masa kini digunakan secara global dan revolusi ini telah meresap ke semua sektor dalam kehidupan masyarakat. Untuk mengharungi cabaran ini serta mencapai matlamat Lebuhraya Multimedia (MSC) dan Wawasan 2020, inisiatif untuk mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran adalah tepat pada masanya. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran akan dibincangkan mengikut aspek pengajaran guru (guru menggunakan ICT) dan aspek pembelajaran (murid menggunakan ICT). Dalam konteks pembelajaran, penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran boleh dikategorikan sebagai tutorial, penerokaan, aplikasi dan komunikasi. Dalam konteks pengajaran pula ICT digunakan sebagai tutor dan alat demonstrasi. Perbincangan ini juga menghubungkaitkan antara teori-teori pembelajaran dengan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya perbincangan meliputi peranan pemimpin sekolah dalam membentuk budaya ICT melalui pembinaan polisi dan pelan pembangunan; pemantauan resos dan program perkembangan staf disamping peranan guru dan sokongan pihak luar terhadap integrasi ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Teknologi bersepadu terkini mempunyai kelebihan menggabungkan visual realistik dengan teks dan suara dan berupaya membenarkan pelajar menggunakannya dalam apa juga cara. Melalui integrasi ICT beberapa perubahan dan pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Antaranya ialah perubahan fokus daripada pengajaran berpusatkan guru kepada pengajaran berpusatkan pelajar. Dalam hal ini pelajar menjadi fokus kepada aktiviti pembelajaran yang berorientasikan kepada proses penerokaan dan penemuan berdasarkan kepada teori konstruktivisme. Bill Gates (1999), dalam bukunya Business @ The Speed of Thought yang menyatakan komputer peribadi dapat mengubah kaedah pembelajaran tradisional yang memerlukan guru memberi arahan kepada pendekatan ‘hands on’ dan menggunakan sepenuhnya sifat inkuiri yang ada dalam diri pelajar. Komputer peribadi membolehkan mereka meneroka maklumat mengikut kapasiti masing-masing.

Pengenalan kepada ICT telah membawa kepada sikap yang positif di kalangan pelajar. Ini kerana ICT menyediakan peluang yang luas dalam aktiviti pembelajaran berbanding dengan kaedah tradisional . Melalui penggunaan internet pelajar boleh menimba ilmu pengetahuan serta contoh-contoh yang praktikal. Kemudahan hipermedia dan multimedia telah memudahkan pendekatan dan kaedah belajar yang tidak mungkin dapat dilaksanakan sekiranya menggunakan kaedah tradisional. ICT menyediakan kaedah dengan memberi penekanan kepada penciptaan dan penerokaan ilmu secara aktif selain daripada menerima ilmu secara sehala sahaja.
Holmes (1999), memberikan pandangan bahawa integrasi teknologi dalam P&P memerlukan guru yang bersedia dan fleksibel dalam menggunakan teknologi dalam kaedah pengajaran harian dengan mata pelajaran yang diajar. Mempelajari bagaimana menggunakan komputer belum mencukupi untuk membolehkan guru menggabungkan teknologi dalam P&P. Elemen yang penting dalam mengintegrasi teknologi ialah pemahaman guru terhadap isi pengajaran dan implikasi berhubung dengan teknologi. Satu kajian ( Bahrudin, Mohamad Bilal & Muhammad Kasim 2001), menunjukkan bahawa ICT dapat membantu mengatasi kelemahan pendidikan sains yang diajar secara tradisional serta penglibatan guru dalam penggunaan komputer secara lebih produktif. Guru harus mengintegrasi kemahiran teknologi dan peluang pembelajaran secara konstruktivis untuk melihat keberkesanan penggunaan teknologi.

Beberapa kajian (Abdul Rahim, 1998a; 1998b) telah menunjukkan bahawa terdapat beberapa stail pembelajaran di kalangan murid. Ada yang lebih selesa belajar secara konkrit berbanding dengan secara abstrak. Ada yang dikategorikan sebagai ‘field dependent’ berbanding dengan murid ‘field independent’.(Abdul Rahim Saad, 2000). Aktiviti-aktiviti pengajaran bagi murid yang suka secara abstrak atau tergolong dalam ‘field independent’ adalah mudah tetapi bagi murid yang belajar secara konkrit atau tergolong dalam ‘field dependent’ mereka akan mudah faham seperti beberapa konsep, prinsip, peraturan dan hukum sekiranya terdapat pelbagai bahan ilustrasi, rajah, latihan atau amalan. Ini bermakna murid-murid ini diberi peluang menggunakan kesemua panca indera semasa proses pembelajaran berlaku.
Dalam keadaan ini terdapat peranan ICT dari segi meningkatkan mutu dan mempelbagaikan penyampaian dan pengajaran melalui penggunaan internet, bahan-bahan multimedia disamping bahan pengajaran yang sedia ada. Bahan-bahan multimedia interaktif dibangunkan dengan dengan menggunakan bahan visual grafik, teks, muzik, video serta animasi yang membantu mengukuhkan lagi kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep.

Melalui penggunaan komunikasi elektronik (e mail), net meeting, chat room dan sebagainya guru dan murid dapat bertukar-tukar idea sesama sendiri atau dengan guru dan pelajar dari sekolah yang lain. Pertukaran maklumat dengan sekolah dari luar negara akan lebih digalakkan memandangkan faedah dari segi meningkatkan komunikasi guru dan murid disamping mendapat ilmu baru mengenai kebudayaan dan negara masing-masing.

Integrasi ICT dalam P&P merupakan perkara yang penting dan memerlukan sokongan serta usaha yang bersungguh-sungguh di antara pemimpin sekolah, guru, pelajar dan semua pihak. Sekolah tidak ada pilihan lain melainkan menerima perubahan dan fenomena ICT serta guru-guru perlu cepat menguasai ilmu dan ketrampilan ICT untuk diterapkan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk itu penglibatan pemimpin sekolah dalam membina polisi, pelan pembangunan ICT dan sokongan terhadap program pembangunan staf adalah menjadi teras utama. Sokongan dan sumbangan pihak luar harus dilihat sebagai satu peluang untuk memantapkan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

0 comments: