? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, March 10, 2010

Belia dan Pendidikan

Penggunaan teknologi komunikasi di kalangan belia meningkatkan isu sosial di Malaysia.

Pepatah Melayu menyatakan pemuda harapan negara, pemudi tiang negara sebagai perangsang dan penguat semangat. Memetik kata-kata aluan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sempena Minggu dan Hari Belia Negara 2005, beliau mengingatkan bahawa para belia adalah waris kepimpinan negara pada masa hadapan dan menaruh keyakinan yang tinggi kepada generasi muda negara. Belialah yang menjadi tenaga penggerak kepada usaha untuk menyuburkan kemakmuran dan keharmonian yang telah terbina sekian lamanya di Malaysia. Maksud tersirat dan tersurat daripada pemikiran YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ini ialah beliau mahu melihat penglibatan golongan belia memainkan peranan yang maha penting ke arah mempercepatkan dan melonjakkan arus pembangunan dan kemajuan negara yang dicintai ke satu tahap yang akan dikenang dan dibanggakan oleh pewaris generasi yang akan datang.

Golongan belia di negara ini pada keseluruhannya berjumlah 9.8 juta orang yang berumur di bawah 40 tahun. Angka ini adalah satu jumlah yang besar dan dapat digunakan oleh negara bagi pelbagai aspek perancangan pembangunan. Apatah lagi menghadapi cabaran globalisasi yang muncul dalam pelbagai bentuk dan rupa serta tidak menentu. Mengimbas ucapan YB Menteri Belia dan Sukan, Datuk Azalina Datuk Othman Said, belia yang berjaya menempuh dan mengatasi halangan-halangan adalah kelompok generasi muda yang telah memperlengkapkan diri masing-masing dengan ilmu, kemahiran dan jati diri yang mantap.

Kelompok belia adalah aset terpenting dalam pembangunan negara. Malaysia memerlukan keupayaan tenaga manusia yang berterusan agar momentum kecemerlangan negara akan terus dipertahan dan dipertingkatkan. Pembinaan keupayaan manusia ini perlu dikemaskini supaya kepakaran dan kemahiran dari satu generasi ke generasi dapat diperturunkan dan dilebarkan ke peringkat persaingan antarabangsa supaya setiap cabaran yang wujud dalam era globalisasi dapat dihadapi dengan pantas dan cekap.

Kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan dilihat sangat proaktif dalam usaha pembangunan belia sama ada dari segi fizikal, intelektual ataupun spiritual. Program-program yang berterusan di peringkat kampung, daerah dan negeri telah melonjakkan iltizam dan semangat para belia untuk mencipta kecemerlangan. Keyakinan ini dapat diperhati melalui sejarah dasar dan program pembangunan belia di negara ini. Bermula dengan penubuhan Majlis Belia Malaysia (1948), penubuhan Kementerian Belia dan Sukan (dulunya dikenali sebagai Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan 1964), pelancaran Majlis Perundingan Belia Negara (1972), penggubalan Dasar Belia Negara (1997) seterusnya Pelan Tindakan Pembangunan Belia Negara (Pembina) 2001-2010, Program Latihan Khidmat Negara (2004) dan terkini Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) yang akan berfungsi sebagai pusat penyelidikan yang mengkaji pelbagai aspek aliran dan pembangunan generasi muda dan kaitannya dengan perubahan yang berlaku di peringkat nasional, serantau dan antarabangsa.

Melalui IPPBM ini, harapan kita ialah pelbagai program penyelidikan yang dilaksanakan nanti dapat dijadikan input untuk meningkatkan pembangunan positif belia dan negara terutamanya penggunaan teknologi komunikasi . Di samping itu juga hasil kajian berkenaan dapat menilai semula dan mempertingkatkan dasar dan rancangan-rancangan pembangunan sumber tenaga manusia dengan mengambilkira kepentingan penilaian pendidikan, teknikal, vokasional dan rancangan-rancangan yang berhubungkait dengan dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Tidak juga keberatan jika kita mengusulkan agar IPPBM dapat mencetuskan formula menyeluruh yang terbaik untuk mencapai tujuan personaliti unggul (towering personality) seperti yang diketengahkan oleh YAB Perdana Menteri. Melalui formula ini, kebolehan, keupayaan, kepakaran, kemahiran, fleksibiliti, ilmu pengetahuan, sikap, semangat ingin maju dan keunggulan kepimpinan dapat ditanam dan disuburkan dalam setiap individu belia Malaysia.


Walau bagaimanapun penggunaan teknologi maklumat menimbulkan pelbagai isu sosialdalam kalangan belia. Antaranya Malaysia yang mempunyai penduduk 25.6 juta orang mencatatkan lebih 18,070 siswazah yang menganggur. Sebahagian besar daripada mereka tentunya golongan belia yang mempunyai potensi besar ke arah pembangunan dan kemajuan negara. Pelbagai sebab musabab diberikan untuk mewajarkan lambakan pengangguran ini. Datuk Johan Jaafar berpandangan bahawa wujud dua mitos mengenai kewujudan siswazah menganggur. Mitos pertama ialah tidak boleh berbahasa Inggeris dengan baik dan lancar sementara mitos kedua ialah menganggur kerana salah memilih kursus iaitu kursus yang tidak ada nilai ekonomi selepas keluar dari universiti. Terdapat faktor-faktor lain yang begitu besar pengaruhnya terhadap kewujudan penganggur ini.

Pendidikan di Malaysia boleh diletakkan dalam kategori yang tersendiri kerana telah berjaya melahirkan ribuan tenaga kerja dalam pembangunan negara. Pada tahun 70-an dulu, kerajaan telah mengambil langkah proaktif untuk menghantar anak-anak belia kita yang pintar ke luar negara bagi menambah tenaga pakar. Mereka ini mengambil pelbagai jurusan kritikal seperti kejuteraan, perubatan, ekonomi, sains, teknologi, undang-undang dan sebagainya seterusnya kembali ke tanah air menjadi kelompok elit dalam pentadbiran dan pembangunan negara. Mereka inilah yang menjadi birokrat, teknokrat dan pemimpin negara. Di tangan merekalah corak pembangunan negara dibentuk dan dicanai.

Ketika kita mengungkit siswazah yang memiliki mentaliti memilih kerja selepas menamatkan pengajian di universiti dan agak malas untuk melaksanakan kerja yang tidak sepadan dengan kelayakan, pekerja-pekerja dari Indonesia, India, Vietnam, Nepal, Bangladesh dan Kampuchea memilih untuk bekerja di Malaysia. Kerajaan telah mengambil inisiatif memperkenalkan pelbagai skim seperti Skim Latihan Siswazah Menganggur sebagai jalan keluar sementara kepada persoalan ini. Mereka tidak mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk jawatan yang dimohon.

Kementerian Belia dan Sukan turut mempunyai institusi tersendiri untuk membekalkan khidmat kepakaran seperti Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara yang telah diperuntukkan RM800 juta dalam Rancangan Malaysia Kelapan. Bagi mengelak siswazah menganggur, Kementerian Belia dan Sukan turut mewujudkan Rakan Belia Tani dan Rakan Tani dengan harapan dapat mendekatkan golongan belia dengan sektor pertanian. Perkongsian pintar di antara Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Perindustrian dan Indistri Asas Tani ini adalah langkah bijak kerajaan bagi menyediakan peruntukan kewangan dan latihan kepada kelompok belia bagi membantu membangunkan sektor pertanian yang dikenalpasti memberi pulangan yang lumayan jika dilaksanakan dengan betul dan berkesan.


Cabaran-cabaran kecemerlangan


Memang diakui betapa pentingnya penguasaan ilmu terhadap sesebuah negara. Kita ingin sekali melihat para pelajar, remaja dan belia kita mendapat bukan sekadar 17A malahan 20A atau 30A supaya sepuluh universiti terbaik di dunia akan dipenuhi oleh belia-belia pintar dari Malaysia. Teknologi komunikasi meningkatakan isu sosial dalam kalangan belia.

a) Jati diri

Jati diri gologan belia terhakis akibat terlalu terdedah dengan isu-isu yang global seperti mengamalkan budaya barat dalam kehidupan mereka.Belia termasuk remaja kini terpaksa berhadapan dengan cabaran sosial seperti dadah, gangsterisme, budaya hedonisme dan siber seks akibat daripada penggunaan teknologi komunikasi dengan cara yang tidak wajar. Justeru itu kekuatan dalaman sangat mustahak sebagai pendinding kepada pengaruh gejala-gejala ini. Kita tidak mempunyai tanda aras yang piawai untuk mengukur tahap-tahap jati diri seseorang tetapi kita boleh membuat pemerhatian dan penilaian berdasarkan kepada penerimaan terhadap nilai-nilai norma dalam masyarakat. Asalkan memenuhi piawai masyarakat dan memberi kebanggaan kepada mereka, sudah cukup untuk kita memberi kredit cemerlang kepada jati diri belia yang berkenaan.



b) Soft skills

Negara yang maju pada hari ini adalah negara yang meletakkan aspek kemahiran sebagai kunci kejayaan dalam semua bidang hidup. Jepun umpamanya, berbekalkan Revolusi Meiji yang menekankan semangat samurai telah berjaya membentuk kelompok automotif yang mempunyai kelas tersendiri. Sehingga kini jenama Toyota, Honda dan Nissan telah menjadi jenama setiap rumah di dunia. Bagaimana orang-orang Jepun yang kita pernah anggap membuat kereta menggunakan tin milo dahulu telah berjaya dengan cemerlang di pasaran eokonomi dunia. Mereka bukan sekadar membawa imej Jepun malah membawa keyakinan, kualiti dan kepercayaan terhadap kemahiran yang dimiliki kepada masyarakat dunia.Golongan belia dengan penggunaan teknologi komunikasi meningkatkan kemahiran mereka tetapi wujud teori pergantungan.



c)Nilai murni

Penggunaan teknologi komunikasi dalam kalangan belia akan meningkatkan atau menghakis nilai-nilai murni akibat daripada terlalu terdedah kepada perkara yang memudaratkan atau terdedah dengan aktiviti yang tidak yang baik. Nilai-nilai umum yang disepakati ialah seperti hormat kepada orang tua, tatacara pakaian yang sopan, tingkah laku yang baik, ketinggian adab dan mengetahui aspek-aspek yang mengangkat maruah diri dan tidak melanggar batasan moral masyarakat.

Bagaimanapun pembangunan berterusan seolah-olah meminggirkan pembentukan nilai budaya ke atas personaliti individu menjadikan mereka tidak matang. Penekanan berterusan ke atas ekonomi yang memperlihatkan kepentingan nilai materialistik dan pembangunan yang menampilkan kecanggihan infrastruktur serta sektor pendidikan yang menekankan mengenai pencapaian akademik menyebabkan pembangunan sosial seolah-olah sukar beriringan dengan transformasi tersebut dan rongga-rongga yang mengikat nilai dan budaya tidak melalui transformasi yang sewajarnya.

Cabaran utama belia apabila berhadapan dengan ancaman nilai ini ialah keupayaan mengekalkan keluhuran nilai dan budi bahasa yang menjadi lambang kemegahan masyarakat Malaysia zaman-berzaman berteraskan kepada tolak ansur dan sikap saling memahami sesama kaum. Kata orang ”sekali ombak lalu, sekali pantai berubah” sebenarnya adalah hakikat tetapi perubahan itu bergantung kepada persediaan para belia untuk melakukan proses trasformasi dan penyesuaian diri terhadap bentuk perubahan yang akan dialami.

Sepuluh tahun yang lalu kita hanya mengenal fungsi telefon bimbit hanyalah untuk berkomunikasi, kemudiannya bergerak kepada perkongsian maklumat yang sangat terhad melalui penghantaran data secara Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dan Khidmat Pesanan Multimedia (MMS). Kini, pada 2005 kita didedahkan pula dengan kepelbagaian teknologi komunikasi dengan jaringan telekomunikasi selular generasi ketiga atau 3G. Perkhidmatan yang ditawarkan mampu mengubah persekitaran sosial masyarakat keseluruhannya.

Kesimpulan

Menurut Philip G. Zimbardo dalam bukunya Economic Distribution, pendapatan bergantung kepada produktiviti, nilai perkerjaan dan jangka masa melakukan kerja. Apabila kemahiran dan pengalaman meningkat, produktiviti turut meningkat seterusnya keupayaan untuk menambah pendapatan menjadi lebih baik dan stabil. Sekiranya seseorang belia itu mempunyai tahap pendidikan dan kemahiran yang tinggi, tentulah dia akan mencapai tahap pendapatan maksimum yang lebih pantas. Oleh itu tidaklah diragui lagi bahawa kemahiran adalah salah satu aspek terpenting dalam mencipta siri-siri kecemerlangan.

0 comments: